Alhamdulillah, usaha selama sebulan setengah telah membuahkan hasil. Rasa seronok dapat melihat hasil-hasil yang sedang membesar dengan sihat. Selalu di kampung, Mama dan Nyayi (nenek) yang paling suka bercucuk tanam. Nyayi semasa sihat dahulu bercucuk tanam pelbagai jenis sayuran dan yang paling mengkagumkan saya, Nyayi siap buat landskap tanaman di belakang rumah (ala-ala taman gitu).Saya tukang petik hasil sahaja (kadang-kadang tolong siram).
Rupa-rupanya saya juga mempunyai minat dan bakat yang sama (mana tumpah kuah kalau tak ke nasi). Sekarang bila dah berjauhan di Shah Alam, barulah nak cuba-cuba menanam, syukur ada Opah di sebelah rumah sudi beri tunjuk ajar. Opah ni bukan sahaja pandai bercucuk tanam, bertarannum, menjahit, memasak dan pelbagai lagilah. Terasa kerdilnya diri saya ini (berazam nak belajar semua sebelum bina Baitul Muslim).
Yang lebih penting sekali, tiap kali saya berada dalam tekanan melampau, hati saya akan kembali tenang dengan cara turun ke halaman rumah dan bermain dengan tanah dan sayur-sayur kesayangan saya ini. Mari jelajah sayur-sayur saya..