HALAMAN UTAMA PROFIL DIRI

Peneman setia

31 Januari 2011

Ceretera Pengembara

Bismillahirahmanirrahim...

25 Januari 2011, saya bersiap awal yang mungkin. Hari ini merupakan hari pertama saya berkursus di Batu Caves. Minggu lepas, saya pergi bersama dengan kak Huda, tapi kali ini saya pergi dengan kenderaan awam sahaja. Mengembara seorang diri ke tempat yang kita tidak berapa tahu ni memang menyeronokkan. Bak kata pepatah, kita belajar daripada kesilapan atau kesesatanlah. Berikut merupakan tentatif perjalanan pengembaraan saya ini.

20 Januari 2011

L.O.V.E

Lirikan mata saya silih berganti pada paparan komputer riba dan jam di dinding. Acap tiba bingkisan pena pasti mengganggu ruang waktu yang telah saya cipta untuk lena. Kali ini saya masih cuba gagahkan penglihatan ini, menjelajah ke corong-corong pena lewat malam menginjak suria. Sedikit bingkisan dapat saya loretkan buat para pembaca blog cetusan hati nukilan rasa ini...

APA ITU CINTA?


19 Januari 2011

Ini Sejarah Kita

Alhamdulillah, setelah perbincangan dijalankan, akhirnya program ISK bagi IPT tidak matang berjaya dilaksanakan di Masjid At-Taqwa, Subang Permai. Seramai 60 orang peserta (termasuk AJK) telah menjayakan ISK ini. Sedikit perkongsian program ISK 2011:

18 Januari 2011

Sanah Hilwah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Hari ini merupakan hari istimewa buat saya. Tarikh keramat ini melontarkan saya ke masa lalu, mengutip serpihan kenangan menjadi rumah pengalaman buat diri. Tegal kisah semalam, saya menjadi saya hari ini. Terima kasih Tuhan.


Terima kasih Tuhan,
Lontar Aku ke Neraka bumi,
Payung aku dengan Iman,
Alas Aku dengan Ad-Deeni

Terima kasih Tuhan
Tanamkan Aku benih Ujian,
Jiruskan Aku manik kesabaran,
Bajai Aku dengan  Teman.

Terima kasih Tuhan,
Jawatkan Aku nyawa,
Gajikan Aku kesenangan,
Kurnia Aku kasih manusia.

Terima kasih Tuhan.

15 Januari 2011

Hobi Masa Senggang

Alhamdulillah, usaha selama sebulan setengah telah membuahkan hasil. Rasa seronok dapat melihat hasil-hasil yang sedang membesar dengan sihat. Selalu di kampung, Mama dan Nyayi (nenek) yang paling suka bercucuk tanam. Nyayi semasa sihat dahulu bercucuk tanam pelbagai jenis sayuran dan yang paling mengkagumkan saya, Nyayi siap buat landskap tanaman di belakang rumah (ala-ala taman gitu).Saya tukang petik hasil sahaja (kadang-kadang tolong siram).

Rupa-rupanya saya juga mempunyai minat dan bakat yang sama (mana tumpah kuah kalau tak ke nasi). Sekarang bila dah berjauhan di Shah Alam, barulah nak cuba-cuba menanam, syukur ada Opah di sebelah rumah sudi beri tunjuk ajar. Opah ni bukan sahaja pandai bercucuk tanam, bertarannum, menjahit, memasak dan pelbagai lagilah.  Terasa kerdilnya diri saya ini (berazam nak belajar semua sebelum bina Baitul Muslim).

Yang lebih penting sekali, tiap kali saya berada dalam tekanan melampau, hati saya akan kembali tenang dengan cara turun ke halaman rumah dan bermain dengan tanah dan sayur-sayur kesayangan saya ini. Mari jelajah sayur-sayur saya..

08 Januari 2011

Sambutan Pelajar (SAMPEL JAN 2011).

Salam alaik.
Alhamdulillah, saya serta beberapa teman serumah baru usai menjalankan program sambutan pelajar Puncak Perdana sesi Januari 2011 di Taman Permainan berhampiran perumahan di Taman Sandaran Permai Puncak Perdana. Seramai 19 orang pelajar baru dan lama berjaya hadir pada pagi ini, hampir sebahagian tidak dapat hadir kerana kekangan masa dan aktiviti lain. pelbagai aktiviti yang telah kami lakukan, bertujuan untuk merapatkan ukhuwah dan perkenalan di antara satu sama lain. Jom, jelajah SAMPEL kami ini =)

Peserta program SAMPEL (TQ adik Adi Putera)

07 Januari 2011

~Projek Tahun Baru~

Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillah, dengan izin-NYA, dapat dicoretkan sedikit perkongsian program Tamrin Pelapis yang dijalankan pada 1 & 2 Januari 2011. Tamrin ini dihadiri oleh para pelapis nuqaba' sekitar Shah Alam [Uitm Shah Alam, Uitm Puncak Alam, MSU, Politeknik, Unisel ]. Berikut merupakan sedikit tentatif berkenaan program.