SIRI 3

Zulaikha duduk di bangku batu melihat kelincahan teman-temannya bermain
futsal. Sempena dengan sukan kolej, pelbagai aktiviti disediakan dan
dianjurkan oleh jawankuasa perwakilan kolej.
Malas mahu menyertai, Zulaikha hanya menjadi tukang pemerhati.
Pandangan matanya sesekali melilau melihat pelajar-pelajar di kawasan
fakulti yang berhampiran dengan kawasan kolej. Mata Zulaikha tertancap
kepada sekelompok siswi yang baru keluar daripada surau kolej.
“Mereka tu manalah boleh join kita ni. Tak sekepala..” sinis bicara Zifa suatu ketika dahulu sewaktu kelompok siswi bertudung labuh lalu di hadapan mereka.
“Tengok tu, nak jalan dengan geng diorang je kan. Macam mana nak maju.
Tengah panas terik ni nak bertutup sana sini. Hish, rimas aku...”
Zulaikha hanya memerhati. Malas mahu mengulas lanjut. Prinsipnya, jika
tiada hal yang berkaitan dengannya, dia lebih suka menjadi pemerhati
dan pendengar. Zulaikha masih lagi mngelamun memandang ke arah kelompok
siswi bertudung labuh. .
“Assalamualaikum ukhti..”