HALAMAN UTAMA PROFIL DIRI

Peneman setia

04 Februari 2011

Apabila Sakit itu tiba...

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Seminggu yang sudah, saya diserang batuk dan selsema yang teruk. Cuaca yang tidak menentu ditambah dengan perjalanan sepanjang minggu itu membuatkan imuniti tubuh kurang mantap berbanding sebelumnya. Panas tekak yang terlampau menyebabkan sakit kepala dan kehilangan suara (suara ratu rock). Diuji pula dengan pelbagai pembentangan yang perlu dilakukan menyebabkan penggunaan suara terpaksa digunakan semaksimumnya (memaksa bersuara dengan terpaksa). Baru sedikit nikmat sihat ditarik Allah  saya sudah menggelabah menahan sakit, bayangkan kalau nikmat yang lebih besar Allah tarik. Alhamdulilah, Allah beri mehna ujian untuk hapuskan dosa kecil saya di samping menyedarkan saya yang sering alpa ini.




31 Januari 2011

Ceretera Pengembara

Bismillahirahmanirrahim...

25 Januari 2011, saya bersiap awal yang mungkin. Hari ini merupakan hari pertama saya berkursus di Batu Caves. Minggu lepas, saya pergi bersama dengan kak Huda, tapi kali ini saya pergi dengan kenderaan awam sahaja. Mengembara seorang diri ke tempat yang kita tidak berapa tahu ni memang menyeronokkan. Bak kata pepatah, kita belajar daripada kesilapan atau kesesatanlah. Berikut merupakan tentatif perjalanan pengembaraan saya ini.

20 Januari 2011

L.O.V.E

Lirikan mata saya silih berganti pada paparan komputer riba dan jam di dinding. Acap tiba bingkisan pena pasti mengganggu ruang waktu yang telah saya cipta untuk lena. Kali ini saya masih cuba gagahkan penglihatan ini, menjelajah ke corong-corong pena lewat malam menginjak suria. Sedikit bingkisan dapat saya loretkan buat para pembaca blog cetusan hati nukilan rasa ini...

APA ITU CINTA?


19 Januari 2011

Ini Sejarah Kita

Alhamdulillah, setelah perbincangan dijalankan, akhirnya program ISK bagi IPT tidak matang berjaya dilaksanakan di Masjid At-Taqwa, Subang Permai. Seramai 60 orang peserta (termasuk AJK) telah menjayakan ISK ini. Sedikit perkongsian program ISK 2011: