HALAMAN UTAMA PROFIL DIRI

Peneman setia

31 Januari 2011

Ceretera Pengembara

Bismillahirahmanirrahim...

25 Januari 2011, saya bersiap awal yang mungkin. Hari ini merupakan hari pertama saya berkursus di Batu Caves. Minggu lepas, saya pergi bersama dengan kak Huda, tapi kali ini saya pergi dengan kenderaan awam sahaja. Mengembara seorang diri ke tempat yang kita tidak berapa tahu ni memang menyeronokkan. Bak kata pepatah, kita belajar daripada kesilapan atau kesesatanlah. Berikut merupakan tentatif perjalanan pengembaraan saya ini.



6.00 pagi : Bangun terus siap-siap kendiri. Maaflah pokok-pokok kesayangan. Tak dapat mengurus anda lagi.
7.00 pagi : Sedang menunggu Rapid 605 di perhentian bas depan rumah. Sambil tunggu sambil berbual dengan jiran lama tentang rumah sewa saya. 45 minit menunggu barulah cik rapid sampai.
8.45 pagi : Tiba di KTM Shah Alam.
Perjalanan dari KTM Shah Alam..

9.45 pagi: Saya mengalami kesesatan akibat tidak mengikut panduan kakak kaunter. 
Signboard KTM Kuala Lumpur yang mengelirukan.

KTM ke-2 yang lalu, tapi bukan laluan ke Batu Caves.

 Berasa hampa dengan kedatangan KTM, saya melepaskan lelah di kawasan menunggu wanita. Sempat menelefon pihak PTS memohon kemaafan atas kelewatan.

Kawasan menunggu KTM Batu Caves.

 Hampir 15 minit menunggu, perut mula mengalunkan irama keroncong moden. Dek tidak tertahan menanggung simpton keroncong moden, saya pun menggeledah beg ajaib saya (serupa seperti poket doraemon). Mana tahu jumpa makanan =). Alhamdulillah, akhirnya...

Cik Epal yang sempat disumbat masuk dari peti sejuk.
Sambil mengunyah epal masam, mata terus meliar melihat KTM ke Batu Caves. Akhirnya, dia datang dengan bunyi bisingnya...(ala-ala lagu dia datang).

Koc wanita yang saya masuk.

Perjalanan kali ini tersangatlah lengang memandangkan waktu masuk ke pejabat telah bermula. Tinggallah saya serta beberapa penumpang yang bukan bekerja pejabat menuju destinasi. Dalam sibuk melilau memandang ke luar...

Cik Abang yang keliru koc tidak sedar gambarnya dirakam saya =).

Rasanya kalau Cik abang ni sedar, mahunya dia marah saya mengambil gambar curi beliau untuk dimuat naik ke dalam blog.

10.15 pagi: Dari kejauhan, kelihatan Batu Caves yang tersergam kukuh di perut bumi. Alhamdulillah selamat sampai juga saya ke tanah Batu Caves ini.
Kawan Cik Murugan (Dato' Samy Vellu punya patung emas)  yang menyambut ketibaan saya.

Tiada kenderaan awam di KTM Batu Caves, terpaksalah saya menapak ke luar mencari teksi sambil berjalan sembunyi kerana banyak cik an (panggilan manja untuk anjing) berkeliaran. Allah permudahkan perjalanan, saya dengan mudah dapat teksi setelah berjaya melepaskan diri di laluan halangan Cik an.

Uncle, jalan ke itu tempat Dolomite ya..

11.00 pagi: Saya tiba di PTS. Walau lewat satu jam, alhamdulillah akhirnya saya dapat sampai ke kursus Bahasa Melayu Tinggi saya di sini.
Slot pertama bersama Puan Hilyati.

Sampai sahaja, saya tertinggal slot penerangan berkenaan Bahasa Melayu Tinggi (nampaknya kena belajar sendiri).

Latihan yang diberikan. Seperti kembali ke zaman persekolahan semula  =).
Usai latihan hampir jam 1.30 petang. Saya bersama teman baru yang lain mengisi perut dan bersolat di Giant berhampiran sebelum ke sesi seterusnya.

Sesi kedua berkenaan penyuntingan fiksyen.

4.15 petang: Program tamat, saya bersama seorang teman menapak menuju ke KTM Batu Caves (hanya separuh jalan) sebelum menaiki teksi. Kami berlari-lari setelah turun daripada teksi memandangkan dari jauh sudah kelihatan train yang bakal bergerak.

Selamat tiba di KTM Batu Caves.

 Alhamdulillah, perjalanan yang sangat menyeronokkan buat saya yang sudah lama tidak berkelana seorang diri. Tunggu catatan pengembaraan saya yang seterusnya nanti...

Tiada ulasan: