HALAMAN UTAMA PROFIL DIRI

Peneman setia

30 Ogos 2009

sengaja kita dipertemukan (siri 8)

SIRI

Shahreez termangu sendirian. Luqman di sebelahnya tidak dihiraukan. Asyik melayan perasaan di tubir tingkap kaca di hadapannya. Menongkat dagu memandang kehijauan pohonan di hadapannya.

“Kau cinta pertamaku..Kau cinta terakhirku..”

Tergelak panjang Luqman dapat menyakat temannya. Kelihatan Shahreez memberi tindak balas terhadap lagu yang disumbangkan Luqman. Menjeling geram terhadap Luqman yang sengaja mahu menyakatnya.

“Usah dilayan perasaan tu sangat Reez. Hang siap-siaplah, sat lagi Pak Ngah mai ambil kita”

Luqman keluar dari bilik. Kebiasaan di awal pagi Luqman akan ke kedai mamak di hadapan kolej untuk membeli surat khabar. Rutin harian yang menjadi kebiasaan buat Luqman.

Shahreez masih lagi khayal dengan lagu yang didengarinya. Sekonyong lintasan wajah Nurjiha terpamer di ruang pemikiran. Lirik lagu yang didengar benar-benar menyentuh sanubarinya. Ah, Nurjiha, maafkan aku…


***

Kereta Perodua Myvi meluncur dalam kadar sederhana. Membelok di selekoh sebelum berhenti di hadapan sebuah bangunan sederhana besar. Kelihatan sebuah pondok pengawal berdekatan dengan pintu pagar masuk ke bangunan itu. Pintu pagar dibuka lalu secara perlahan Perodua Myvi masuk. Diparkir Perodua Myvi di kawasan yang disediakan.

Luqman dan Shahreez keluar daripada Perodua Myvi. Di belakang mereka, seorang lelaki separuh abad keluar daripada tempat duduk belakang kenderaan tersebut. Kedatangan mereka disambut mesra oleh pengawal yang bertugas.

Setelah dibawa Luqman dan Shahreez meninjau kawasan persekitaran bangunan, Luqman dan Shahreez diberi peluang untuk beramah mesra dengan penghuni di bangunan yang diberi nama Rumah Penyayang.

How do you feel?”

Luqman mengambil peluang berbual dengan Shahreez waktu penghuni Rumah Penyayang sedang makan tengah hari. Shahreez mengibas hujung lengannya yang berdebu.

“Aku rasa dekat dengan mereka Man”.

Shahreez membuang pandang ke arah anak-anak kecil seawal usia 3 tahun yang sedang beratur mengambil makanan. Keletah mereka menyentak naluri kelelakiannya. Sayu mengenangkan nasib yang menimpa anak-anak kecil yang tidak terbela itu.

“Aku macam mereka dulu Man. Kecil-kecil dah hilang tempat bergantung. Orang lain gembira dengan keluarga masing-masing tapi aku..”

“Hang tak keseorangan Reez. Ada lagi insan-insan yang lebih malang dari hang. Sekurangnya hang dah berjaya la ni. Pengalaman pahit hang boleh jadikan inspirasi buat insan-insan kat rumah penyayang ni.. la ni, depa kurang guru. Yela sapa yang nak buat sangat kerja kebajikan ni..”

“Aku sanggup Man. Thanks so much temukan aku dengan semua ni..”

Luqman menepuk lembut bahu Shahreez. Tesenyum bangga dengan semangat sahabatnya itu. Shahreez memandang anak-anak kecil itu dengan satu semangat yang baru.

2 ulasan:

nurisa berkata...

salam...sy tunggu sambungannya..baca di iLi dan sangat tertarik..

nicha berkata...

Slm..saya suka baca crita adk nie..hmm, agak berteka-teki juga..haha..ok, sy tunggu siri seterusnya:p good luck..