HALAMAN UTAMA PROFIL DIRI

Peneman setia

18 Disember 2010

Hasil Filem Studi


Alhamdulillah, setelah menempuh pelbagai dugaan dan ranjau bergelar pemegang ijazah, terkadang rebah di tengah jalan dan memaksa diri berpaut pada ranting-ranting sebelum merangkak menapaki pendakian 'ilmu', akhirnya saya sudah hampir sampai di pertengahan jalan menuju 'permulaan' kejayaan. Hampir 5 tahun bermastautin di bumi Shah Alam ini, otak saya tepu dengan ragam dan ranjau bergelar pelajar sedari usia 17 tahun sehingga menginjak ke 22 tahun.  Kalau kahwin, saya sudah boleh menimang dua cahaya mata : ).


Permulaan sessi bergelar pelajar ijazah sarjana muda agak kurang memberangsangkan buat diri saya. Semester kedua, saya bangkit dari kekalahan yang dicipta atas kekurangan saya, dan Alhamdulillah semester ketiga baru saya dapat membina sedikit kekuatan dan menemui rahsia kejayaan bergelar pelajar perfileman.

Walau hanya teori yang saya pelajari, dan sedikit sahaja praktikal yang saya perolehi (budak penulisan  kurang praktikal seperti skrin, lakon, & teater), namun saya merafakkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Khaliq kerana semenjak mencapai intimacy dalam nahu filem, tegal  mengalami frasa absurdity suatu ketika dahulu, keseronokan serta feeling menonton filem lebih terasa tambahan lagi pabila menonton filem-filem Akira Kurosawa, Mamat Khalid, Alfred Hitchcock, Yasmin Ahmad, dan  Zhang Yimou (sekadar menyebut beberapa nama). Moga-moga saya sempat mencapai tahap harmony dalam bidang ini suatu hari nanti, Insya-Allah.

Tidak lupa kepada pensyarah fakulti pengajian Teknologi Kreatif & Artistik yang begitu tekun memberi tunjuk ajar kepada saya terutama kepada Encik Hassan Muthalib dan juga Cik Maszalida Hamzah (semester 2 & 3) yang telah membuka minda saya tentang kajian falsafah yang banyak mengusutkan minda saya tika suatu masa dahulu. tidak lupa juga kepada tenaga pengajar dan pendidik yang lain. Jazakumullahu Khairan Jaza'.


 

Tiada ulasan: