HALAMAN UTAMA PROFIL DIRI

Peneman setia

15 Januari 2011

Hobi Masa Senggang

Alhamdulillah, usaha selama sebulan setengah telah membuahkan hasil. Rasa seronok dapat melihat hasil-hasil yang sedang membesar dengan sihat. Selalu di kampung, Mama dan Nyayi (nenek) yang paling suka bercucuk tanam. Nyayi semasa sihat dahulu bercucuk tanam pelbagai jenis sayuran dan yang paling mengkagumkan saya, Nyayi siap buat landskap tanaman di belakang rumah (ala-ala taman gitu).Saya tukang petik hasil sahaja (kadang-kadang tolong siram).

Rupa-rupanya saya juga mempunyai minat dan bakat yang sama (mana tumpah kuah kalau tak ke nasi). Sekarang bila dah berjauhan di Shah Alam, barulah nak cuba-cuba menanam, syukur ada Opah di sebelah rumah sudi beri tunjuk ajar. Opah ni bukan sahaja pandai bercucuk tanam, bertarannum, menjahit, memasak dan pelbagai lagilah.  Terasa kerdilnya diri saya ini (berazam nak belajar semua sebelum bina Baitul Muslim).

Yang lebih penting sekali, tiap kali saya berada dalam tekanan melampau, hati saya akan kembali tenang dengan cara turun ke halaman rumah dan bermain dengan tanah dan sayur-sayur kesayangan saya ini. Mari jelajah sayur-sayur saya..





Pokok kacang botor/botol (winged bean)
Deretan sayur sawi cina
Pokok kacang botor/botol dan sayur sawi merupakan eksperimen pertama bersama Kak Huda. Cuti semester tanpa kerja yang seronok membuahkan idea kepada kami untuk menanam dua spesies sayuran ini. Rasa seronok sangat tiap-tiap pagi melihat mereka membesar dengan sihat (macam bayi pula).

 
Anak pokok bendi yang baru disemai 2 minggu yang lepas
 Ini pula hasil usaha 2 minggu yang lepas. Opah sebelah rumah turut sudi memberikan petua orang lama untuk bercucuk tanam (terima kasih Opah). Kawan kepada pokok bendi ni (pokok tomato) tak dapat dirakam bersama kerana mengalami masalah kesihatan (tak sempat pindah dari semaian). 


Cik kangkung import dari tasik
 Yang ini pula hasil usaha kami (kak Huda dan saya) meredah semak samun masuk ke kawasan tasik (belakang taman kami) untuk mengambil kangkung liar untuk ditanam di halaman kami. Inilah hasilnya selepas sebulan setengah. 

Daun kucai, daun kesum (ihsan dari Opah), daun saderi dan daun bawang (hasil dari dapur)
Gambar di atas pula merupakan hasil ihsan dari Opah yang melihat kesungguhan saya bercucuk tanam lalu dihadiahkan dua jenis sayuran (daun kucai & daun kesum). Opah juga turut memberikan biji benih roselle dan kacang panjang, terima kasih ya Opah). Daun saderi dan daun bawang pula hasil dari dapur yang mana bawang-bawang yang tidak dapat diselamatkan lagi (dah bertunas) disemai sebelum ditanam. Pokok ubi yang saya bawa dari kampung setahun yang lalu pun sudah bercambah biak di kawasan rumah sewa saya yang lama (tiada dalam gambar).

Tidak sabar menunggu semaian biji benih roselle (ihsan Opah sebelah rumah).

Tiada ulasan: