HALAMAN UTAMA PROFIL DIRI

Peneman setia

08 Januari 2011

Sambutan Pelajar (SAMPEL JAN 2011).

Salam alaik.
Alhamdulillah, saya serta beberapa teman serumah baru usai menjalankan program sambutan pelajar Puncak Perdana sesi Januari 2011 di Taman Permainan berhampiran perumahan di Taman Sandaran Permai Puncak Perdana. Seramai 19 orang pelajar baru dan lama berjaya hadir pada pagi ini, hampir sebahagian tidak dapat hadir kerana kekangan masa dan aktiviti lain. pelbagai aktiviti yang telah kami lakukan, bertujuan untuk merapatkan ukhuwah dan perkenalan di antara satu sama lain. Jom, jelajah SAMPEL kami ini =)

Peserta program SAMPEL (TQ adik Adi Putera)

7.00 pagi.
Bersiap merebus telur, membuka sardin, salad, memasak air, meyapu marjerin pada roti dan pelbagai makanan yang sepatutnya untuk juadah pagi.

8.00 pagi.
Ketibaan adik-adik Puncak Perdana ke Durratul Iman (rumah kami =) dengan iringan pengurus program (Miza dan rakan-rakan). Berborak-borak sementara menanti sandwich disiapkan.

9.00 pagi.
Usai makan, minum dan berta'aruf ringkas, kesemua peserta SAMPEL dibawa ke Taman Permainan di belakang perumahan Durratul Iman. Perjalanan yang tidak sampai 5 minit dipenuhi dengan gelak tawa adik-adik yang peramah kesemuanya.

Sarapan pagi sebelum aktiviti dimulakan

9.30 pagi.
Sementara menunggu ketibaan orang kuat yang lain (tertinggal di Durratul Iman), kami melakukan senaman ringan sambil berzikir (lebih baik dari kiraan biasa-kata Kak Ayu). Tegal cuaca yang semakin terik, kami berpindah ke sepohon kayu yang rendang dan mula membuat bulatan kecil.

10.00 pagi.
Kak Mia datang dengan orang kuat program yang lain (sambil pegang laptop Kak Huda). Program selama 1 jam 30 minit ini diisi dengan pelbagai aktiviti dan slot yang menyeronokkan. berikut merupakan aktiviti kami sepanjang 1 jam 30 minit.

Slot 1-Ta'aruf + Gaya.
Setiap peserta perlu memperkenalkan diri masing-masing dengan gaya mereka sekali. Pelbagai aksi dilakukan oleh peserta. Objektifnya agar kesemua peserta akan mengenali nama di antara satu sama lain. Mereka perlu menghafal nama beserta gaya setiap peserta yang lain. Objektif mengenal nama tercapai. 

Slot 1 + 2

Slot ke-2-Kotak Beracun?
AJK program membawa kotak beracun (kotak cantik Kak Mia) untuk diedarkan sambil mendengar lagu dari laptop yang dibawa. Apabila lagu diberhentikan, peserta yang memegang kotak tersebut dikehendaki menjawab soalan yang dipilih di dalam kotak tersebut. Kebanyakan soalan lebih kepada pengetahuan am dan fiqh. Objektif tercapai apabila soalan berbentuk fiqh dapat dijawab peserta beserta info yang lain.  

Slot ke-3-Tiup-Tiup Angin.
Slot ini dikendalikan oleh Kak Mia dan Kak Ayu (gila kuasa..hehe) Slot tiup angin yang memang menyeronokkan yang mana setiap peserta yang berada di tengah perlu berkata seperti ini:

"Tiup-tiup angin, bertiuplah pada orang yang..."
(tambah ayat sendiri).

Sebagai contoh, bertiup pada yang memakai cermin mata, maka sesiapa yang memakai cermin mata perlu bertukar tempat dengan peserta lain. Jika tidak sempat bertukar, mereka akan ketengah dan melakukan perkara yang sama.

Slot tiup-tiup angin


Slot ke-4-Apa yang Penting Kerjasama..
Susun jangan tak susun
Slot ini pula merupakan slot membuat garisan terpanjang. setiap peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan dan mereka dikehendaki mengguankan peralatan dan barang yang ada dengan mereka ketika itu (kecuali pakaian, seluar dan tudung) untuk membuat satu garisan yang panjang. Pelbagai adegan yang dapat dilihat pada slot ini. Ada yang menaggalkan jam, keluarkan duit untuk membuat sambungan yang panjang.

Peserta sedang menyusun barang milik mereka.

Sesi pengiraan garisan paling panjang..


Objektif slot ini tercapai apabila setiap peserta bekerjasama untuk mencapai keputusan garisan terpanjang.

Slot ke-5 - Tazkirah.
Slot terakhir merupakan slot tazkirah dan luahan pendapat daripada peserta. Slot ini dikendalikan oleh Kak Huda yang baru tiba dari program lain (Kak Mia jadi jurukamera, Kak Ayu peneman sambil menganyam ketupat). Pelbagai reaksi yang diberi oleh setiap peserta. Ada yang terharu, rasa seronok (selama ini program seperti SAMPEL bercampur silang jantina dan tidak menjaga pergaulan). SAMPEL kami diakhiri dengan doa penutup yang dibaca oleh Kak Mia (syahdu dengar doa rabithah versi melayu).

11.30 pagi.
Program tamat. Peserta mengambil beg dan barangan di Durratul Iman dan kembali ke kediaman masing-masing.

2.00 petang.
Berada di PTAR sambil meloretkan laporan jurnal ini..

Tiada ulasan: