Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Hari ini merupakan hari istimewa buat saya. Tarikh keramat ini melontarkan saya ke masa lalu, mengutip serpihan kenangan menjadi rumah pengalaman buat diri. Tegal kisah semalam, saya menjadi saya hari ini. Terima kasih Tuhan.
Terima kasih Tuhan,
Lontar Aku ke Neraka bumi,
Payung aku dengan Iman,
Alas Aku dengan Ad-Deeni
Terima kasih Tuhan
Tanamkan Aku benih Ujian,
Jiruskan Aku manik kesabaran,
Bajai Aku dengan Teman.
Terima kasih Tuhan,
Jawatkan Aku nyawa,
Gajikan Aku kesenangan,
Kurnia Aku kasih manusia.
Terima kasih Tuhan.
4 ulasan:
sanah hilwah. moga terus diberi kekuatan dan rahmat dariNYA. amin
terima kasih..Menarik perbahasan saudara semasa PKN..
wah! kak ayu, it's never too late to wish rght?
selamat hari lahir..semoga sentiasa mendapat petunjuk dan rahmat dari-Nya..
Terima kasih sayang..Amin, moga adik akak ini juga sentiasa diberi petunjuk dan juga yufaqqihu fiddin..
Catat Ulasan