HALAMAN UTAMA PROFIL DIRI

Peneman setia

14 September 2009

sengaja kita dipertemukan (siri 9)


SIRI 9


“Kenapa kamu nak mengelak Nur? Akak tahu kamu mampu lakukan. Ingat, tugas kita di dunia ni bukan setakat menuntut ilmu je, tapi juga harus beramal. Akak tahu Nur boleh buat..”

Tangan Nurjiha ligat mencabut anak-anak rumput yang tumbuh di sekitar duduknya. Leka dengan pekerjaan yang sengaja diadakan. Tasik yang damai dipandang sepi. Hatinya bungkam. Sesekali hujung tudungnya terbang ditiup angin.

Sentuhan lembut di bahunya mematikan lamunan. Lantas ligat otaknya mencari jawapan kepada pertanyaan yang dibiar sepi tadi.

“Nur tak layak kak.. Nur tak layak untuk semua ni. Nur bukan baik..”

“Nur.. Semua orang tak sempurna dik. Dari tak kesempurnaan kitalah yang akan buatkan diri kita berusaha untuk jadi sempurna.”

“Tapi kak..”

“Nur, akak bukan nak memaksa dik, tapi akak yakin Nur boleh lakukan. Nur takkan nak biarkan orang yang tak tahu terus terjerumus pada perkara yang tak elok dik? Akak yakin, Nur boleh membimbing yang lain suatu hari nanti.”

“Akak tak faham kak. Nur bukan nak mengelak tapi Nur tak ada kekuatan kak. Nur sendiri masih mencari, masih lemah, macam mana Nur nak bimbing orang lain. Nur sendiri perlukan bimbingan kak..”

Nurjiha bangun. Dikibas pakaiannya yang melekat dengan rerumput kering. Berdiri menghadap tasik. Matanya diredupkan, cuba mencipta kedamaian di hatinya. Membuang segala resah yang menimpa diri. Ah, sukar untuk dirungkai masalah ini.

Perkenalan secara kebetulan membibitkan hubungan persahabatan. Hambatan rasa ingin berhijrah mengukuhkan ukhuwah yang terjalin antara mereka berdua. Rasa indah apabila ukhuwah yang terjalin atas rasa taqwa. Namun kini, galasan yang harus dipikul hampir mematahkan semangat juang Nurjiha.

“Bukan sekarang kak. Nur tak bersedia..”



Terluah jua kata-kata yang dipendam sedari tadi. Terasa lapang hatinya apabila kalimah itu terluah. Memang Nurjiha belum lagi bersedia sepenuhnya.

Amirah menghela nafas mendengar jawapan yang diberi. Harapannya punah. Tiada ungkapan yang mampu diberi dengan jawapan yang memang telah diduganya. Hatinya merintih hampa. ‘Aku terlalu mendesak Nurjiha sebenarnya..’

“Jalan juang yang kita lalui tidak semudah yang kita sangka. Kadang kita terpaksa mengharungi pelbagai dugaan dan rintangan sebelum sampai ke puncak. Liku-liku itu yang mengajar kita tentang erti kesabaran, keikhlasan dan kesungguhan diri. Seseungguhnya ujian yang diberi tanda kasih Allah kepada setiap hamba-NYA...”

Amirah teringat kembali kata-kata yang pernah diberi oleh seorang sahabatnya tika dahulu. Terasa dirinya kini diuji dengan tingkat kesabran dan kesungguhan dalam mengajak insan lain ke arah kebenaran. ‘Aku harus kuat..’

Amirah bangun dari duduknya. Berdiri seiringan Nurjiha menghadap hamparan tasik yang tenang. Menarik nafas sedalamnya sebelum bersuara.

“Jalan juang yang kita tempuhi sebenarnya memang berliku dik. Akak yakin suatu hari nanti adik pasti akak faham. Akak tak paksa Nur tapi akak harap kalau tiba-tiba hati Nur berubah, beritahu akak ya..”

Nurjiha menoleh ke arah Amirah. Sebak dadanya mendengar kata-kata Amirah. Nurjiha memeluk Amirah seeratnya. Diusap belakang Nurjiha. Nurjiha terasa tenang diperlakukan begitu. ‘Insya-Allah kak, satu hari nanti Nur akan lakukan tapi bukan sekarang’, kata-kata itu hanya terluah di lubuk hatinya sahaja.

“Jom, akak hantar Nur balik. Dah senja ni, esok dah nak jalan jauh”

Amirah menarik lembut tangan Nurjiha. Nurjiha bergerak mengikuti Amirah menuju ke kereta mereka. Matahari hampir tenggelam di ufuk barat. Senja yang indah membibitkan tautan mahabbah dua insan yang sama-sama mencari cinta ilahi.

***BERSAMBUNG***

1 ulasan:

ڤنا مينڠ / PENA MINANG berkata...

Assalamualaikum....sekadar berkongsi ilmu mengenai soal pemerintahan dan hukum mentaati pemerintah bagi setiap ahli sunnah.

http://penaminang.blogspot.com/2008/09/cercaan-maki-hamun-memfitnah.html

http://penaminang.blogspot.com/2008/09/islam-mengharamkan-hizbi.html

http://penaminang.blogspot.com/2008/09/sikap-ahli-sunnah-terhadap-pemerintah.html

http://penaminang.blogspot.com/2008/09/hukum-menjatuhkan-pemerintah-islam.html


Link-link diatas ni merupakan posting lama hamba. Kalau nak jenguk, silalah ke link berkenaan. Semoga kita mendapat manfaat darinya.


"Sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui dari apa yang kamu ketahui"