HALAMAN UTAMA PROFIL DIRI

Peneman setia

30 Ogos 2009

sengaja kita dipertemukan (siri 4)


SIRI 4

“Dia tipu aku Man.. Dia penipu!!”

Luqman hanya dia. Tidak tahu mahu menyebelahi sesiapa. Perkara ini terlalu rumit baginya. Inilah natijah kalau tidak menjaga ikhtilat.

“Sabar Reez. Hang kena sabar dulu. Aku rasa hang kena tanya dia dulu. Suruh dia terangkan kat hang biar jelas…”

“Nak jelas apa lagi Man! Aku nampak depan mata aku sekali benda tu! Dia nak menafikan apa lagi?

Dia ingat aku ni dungu sangat ke tak tahu apa yang dia simpan tu. Aku tak butalah Man. Aku tahu benda tu. Aku tak sangka dia sanggup tipu aku…”

Luqman terdiam. Sukar untuk membantu permasalahan ini. Luqman sendiri tidak pernah bercinta, bagaimana mahu menyelesaikan masalah orang yang sedang hangat bercinta.

“Jadi, tu anak siapa?”

“Entah. aku pun tak tahu. Aku tak sangkalah Man, perempuan yang nampak baik macam tu tapi sebenarnya…”

“Sebenarnya apa? Hang nak cakap dia tu indah dari rupa, macam tu? Hang kena tahu Reez, dulu hang pun cakap kat aku dia tu wanita yang perfect, yang sesuai untuk hang…”

“Tu dulu Man, tu dulu. Aku dah agak dah, wanita baik macam mana pun tapi kalau dah bercampur dengan orang yang rosak, mesti rosak juga.”

“Maksud hang, dia campur dengan siapa? Dengan hang?”

Shahreez terdiam. Hujahan Luqman terkena pada batang hidung sendiri.

“Sejahat-jahat aku, aku tak pernah buat perkara terlanjur tu. Aku tahu tu haram Man, berdosa”.

Luqman mengumpul kekuatan untuk bersuara. Masanya sudah tiba untuk memberi dakwah fardiah kepada teman sebiliknya itu. Rasanya terlalu lama Luqman berdiam diri, hanya membiarkan saudara seagamanya tenggelam dalam lautan nafsu duniawi.

‘Dia harus kubimbing’

“Reez, Sebab itulah Allah melarang manusia itu berkasih-kasihan melainkan hanya kepada Allah. Apabila kita meletakkan kecintaan kita hanya pada Allah yang satu, Insya-Allah perkara-perkara macam ini takkan terjadi.”

Luqman mencapai Quran mini di sisinya. Dibuka helaian surah tersebut, diunjukkan kepada Shahreez.



وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً

dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).


“Hang tahu Reez, kenapa Allah meletakkan ayat jangan mendekati zina bukan jangan berzina?

Shahreez diam cuma. Luqman tersenyum sebelum menyambung kembali.

“Kerana Allah bukan sahaja melarang hambanya daripda berzina, malah untuk melakukan perkara-perkara yang menghampiri zina pun, Allah tegah.

Bercinta tu salah satu daripada cara mendekatkan diri kepada zina kalau tidak kena dengan cara yang betul. Aku nak tanya hanglah, kalau hang dulu kata Nurjiha hang tu dulu baik, la ni dah tak baik, apa tujuan hang kawan dengan orang yang baik tu?”

Shahreez terdiam. Sukar untuk menjawab pertanyaan yang dilemparkan oleh Luqman. Soalan yang dia sendiri tidak pasti jawapannya. Kerana tercabar dengan cabaran yang diberikan Ikmal atau dia sendiri terpikat dengan cara Nurjiha?

‘Ah kusutnya’, Shahreez menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Menyesal pula menceritakan masalah yang dihadapinya kepada Luqman. Sangkanya Luqman akan membantunya, tetapi Luqman memberi hujahan pula kepadanya.

“Aku sayangkan dia Man… Tapi aku tak sangka dia tipu aku. Dia tak pandai jaga maruah dia sebagai seorang wanita. Aku tahu aku tak sebaik hang, aku sedar aku ni jahat, solat nak cukup lima waktu pun susah, aku tahu tu..”

“Tapi salah aku ke Man? Orang yang tak rasa hidup macam aku ni bolehlah cakap. Tapi aku yang hadapi Man, aku yang hadapi..”

Shahreez memejam mata. Malu menceritakan aib yang selama ini tersimpan di dada. Lahir daripada keluarga yang porak peranda begitu mencengkam hidupnya.

Tidak memiliki kasih sayang yang sepenuhnya daripada keluarga membuatkan Shahreez hilang arah.

Ibu dan ayahnya terlibat dalam kemalangan ngeri satu waktu dulu membuatkan Shahreez tinggal seorang diri. Menjadi yatim piatu di usia muda begitu memeritkan.

Tambahan, tiada saudara yang sudi membelanya, terkejar-kejar menumpang kasih bapa saudara, dididik dalam suasana bukan Islam sepenuhnya.

Siapa yang mahu mengerti rintihan hidupnya yang terpinggir itu? Mujur, Shahreez walaupun hidup terumbang-ambing, namun keinginannya yang tinggi untuk menimba ilmu melayakkannya menjejaki menara gading tika ini.

Nurjiha rungsing. Berpuluh kali mesej dihantar kepada Shahreez, namun tiada balasan. Berpuluh kali jua panggilan telefon dibuat, tetapi tiada sahutan daripada Shahreez. Nurjiha buntu.

Kalaulah tidak kerana alat yang dibelinya tadi, mungkin Shahreez tidak akan begini.

'Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini'


***BERSAMBUNG***

Tiada ulasan: