HALAMAN UTAMA PROFIL DIRI

Peneman setia

23 Januari 2010

melangkah sendirian


Saya teringat tentang seorang sahabat yang saya kenali di sebuah majlis ilmu. Tentang falsafah yang diterapkan dalam penulisannya. Melangkah sendirian memang cukup menyentuh hati saya. Isunya walaupun berbeza tetapi tetap wujud persamaan. Sahabat ini meluahkan pendapatnya dalam cerpen yang diolah daripada ketidakpuasan hatinya tentang hak asasi di dunia ini. Hujah yang diberi memang cukup jelas. Ayat akhir pada cerpennya membuatkan kami semua sayu sendiri. Ya, sebenarnya kadang kala kita terpaksa melangkah sendirian untuk ke destinasi yang dituju. Melangkah sendirian cerminan buat diri saya tika ini. Saya melangkah sendirian di bumi  ini untuk mengutip butir-butir mutiara untuk saya simpan sebagai bekalan satu ketika nanti.


Saya melangkah sendirian untuk mengislahkan diri saya dari anasir liar yang bisa mencemar peribadi diri. Saya cuba mengorak langkah bersama di tempat saya dalam usaha menyedarkan mereka dari kealpaan yang tercipta tanpa disedari. Namun, baru saya sedar, kadang kala irama yang kita bawakan tidak senada. Lagu yang kita bawakan tidak seirama. Sambil cuba mengikut rentak mereka, saya hampir pulas dengan rentak saya sendiri. Getaran kita tidak sama. Mereka berada pada getaran soprano, menjulang tinggi getaran yang bisa sahaja mengejutkan dan menyentak mereka yang mendengarnya. Tetapi saya masih lagi getaran bass yang mungkin sahaja boleh membuat mereka kuyu atau terkulai dengan laungan bass saya ini. Akhirnya saya mengerti, kadang kala kita memang perlu melangkah sendirian…

2 ulasan:

~Jamilah Mohd Norddin~ berkata...

Follow this blog.. keep it updating.

diksi berkata...

Salam,

"jejak".