HALAMAN UTAMA PROFIL DIRI

Peneman setia

18 Disember 2010

Jom Camping

Beberapa hari yang lalu, seorang kenalan atas kenalan menjemput saya dan beberapa teman yang lain menyertai satu program perkhemahan remaja anjuran Belia Bersatu Remaja Shah Alam (BES). Masa senggang tanpa sebarang aktiviti membuatkan kami bersetuju menjadi fasilitator dengan amanah 'amal ma'ruf wa nahi mungkar' yang diberi kepada kami. Program yang dianjurkan merupakan program julung yang saya sertai memandangkan sebelum ini saya banyak menyertai program-program tarbiyah dan juga beberapa program anjuran tempat pengajian saya. Julung kalinya saya menjadi fasilitator membuatkan semangat berkobar untuk menikmati pengalaman menjadi fasilitator.

INDAH KHABAR DARI RUPA
Tegal diri masih lagi kurang berhemah untuk menjadi yang paling sabar, kesabaran saya teruji dalam program ini. Saya bukan hanya gagal mengamalkan makruf dan mencegah yang mungkar, malah kesabaran saya juga sudah tidak dapat dibendung dek pengurusan yang tidak terancang, tidak seperti program yang pernah saya ikuti. Bayangkan, kami pada mulanya diberi arahan untuk menjadi fasilitator kepada anak-anak remaja, kemudiannya diberi tugasan menjadi pembantu dapur, pencegah maksiat, penguatkuasa disiplin, pemantau pendakian, pengawal di waktu malam dan pelbagai kerja hanya dalam satu masa!

 
Saya cukup terkesan dengan seorang individu yang mendabik dada mengaku dirinya begitu dan begini, hebat daripada pelbagai segi, mempunyai pelbagai cawangan perniagaan, seorang pendakwah yang hebat (kerana mampu menjalani latihan dakwah di luar negara) dan pelbagai lagi, tetapi kehebatannya langsung tidak dapat menjaga sekurang-kurangnya hati kami sebagai fasilitator jemputan di bawahnya. Saya tidang senang dengan caranya yang sebegitu sehinggakan individu lain (yang berperwatakan sederhana sahaja) dapat menghidu sikapnya terhadap kami, malah berasa belas dengan tugasan yang kami perolehi. Individu terbabit sewenang-wenangnya menjatuhkan maruah kami yang sefikrah dengannya, melayan kami lebih rendah daripada martabat orang gaji, mengerah tenaga kami umpama kami buruh paksaan. Maaf, saya memang tidak sabar dengan tindakan anda. Keikhlasan saya mula bertukar menjadi keterpaksaan melakukan tugasan yang anda beri.

KEBAIKAN DI SEBALIK KEBURUKAN 
"Kadang-Kadang Allah Sembunyikan Matahari,
Dia Datangkan Petir Dan Kilat, 
Kita Tertanya-tanya Ke mana Hilangnya Matahari, 
Rupa-rupanya Allah Memberi Kita Pelangi...".


Dalam kemarahan saya dengan tugasan maha hebat yang diberi oleh insan tersebut, akhirnya memberi ibrah kepada diri saya sendiri tentang suatu perkara yang kadang saya pandang mudah sahaja. Setiap mu'min perlu bertanggungjawab dengan setiap amanah yang diberi.

Syukur, dalam saya diuji dengan tingkat kesabaran, rupa-rupanya saya dididik dengan nilai amanah dan tanngungjawab itu sendiri. Melewati detik dan waktu menjadi fasilitator di kem tersebut, saya dapat melihat sikap individu yang menjalankan tanggungjwab yang diberi, juga tidak kurang yang berwajah plastik, menggalas tanggunjawab hanya di bibir, bukan di hati mahupun di tangan kaki.






1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bersabarlah dengan ujian..mungkin ini adalah didikan Tuhan, yang mahukan hambaNya maju kehadapan tanpa terjejas oleh insan pelbagai rupa dan perwatakan...